BUSANA IJAB QABUL

Suuuwiiitt sangaddd.

Busana ini sesuai untuk Ijab Qabul. Kalau korang yang inginkan konsep Islamik, ada juga stail baju nikah simple yang sesuai bagi tema ini – baju jubah. Ia bukanlah baju jubah biasa, namun mempunyai design baju pengantin ala-ala dress. Ianya berenda dan dihiasi dengan lace serta manik bagi menaikkan seri pengantin bagi yang memakainya JOM KITA TONTON BIDEO NI. p/s : promosi sewaan baju pengantin masih berlangsung dengan diskaun JIMAT RM 500.

MAROON SONGKET DRESS

Pemilihan warna yang tepat boleh mempengaruhi warna keserian pada hari persandingan. Warna apa yang sesuai dengan kulit korang?

Pemilihan warna persalinan pengantin untuk hari persandingan amat penting dan haruslah diambil berat oleh para bakal pengantin. Tampak berbeza dari hari hari biasa, rona warna itu sendiri boleh membuatkan seseorang pengantin untuk tampak hambar atau lebih berseri di hari persandingan tersebut. Di sini, warna memainkan peranan.

Pemilihan warna yang tepat boleh mempengaruhi warna keserian pada hari persandingan. Oleh itu, para pengantin haruslah terlebih dahulu mengenali warna diri sebelum bertindak memilih warna yang bakal mengubah hari bahagia korang.

Untuk korang yang kurang selesa bermain dengan warna terang, seperti rona orange, ungu cerah dan kuning cair, untuk tampak lebih classy dan juga naik seri di hari persandingan warna kuning keemasan (gold) adalah warna yang berada tahap selamat. Di mana rona ini adalah lebih selamat kerana warnanya yang gelap dan keemasan diraja itu sendiri boleh menaikkan seri pengantin dan seri majlis tersebut.

Tetapi, jika pemilihan make up dan dandanan tidak sesuai, turut membuatkan pengantin boleh tampak malap di atas pelamin. Oleh itu, jika pengantinnya berkulit gelap, haruslah bermain dengan warna tanah untuk make up.

Lebihkan bahagian mata, supaya tampak galak serta bundar dan bukannya kusam serta tidak bermaya. Tapi harus diingat bahawa perkahwinan, di hari persandingan, kita bukan untuk jadi bahan lawak gelak tawa tetamu, oleh itu elakkan warna yang bercampur pelbagai rona warna seperti warna merah jambu dan biru turquoise untuk eye shadow.

Bagi korang yang berkulit cerah, bonus untuk korang kerana korang tergolong dalam antara mereka yang mudah dan sesuai dengan rona apa sahaja. Tapi harus diingatkan juga bahawa jika terlalu banyak bermain dengan warna bagi pakaian, itu akan membuatkan pengantin kelihatan seperti langsir skirting bergerak. Jadi, elakkan!

Untuk make up pula, elakkan penggunaan blusher yang terlalu pink yang menonjolkan warna blusher tersebut. Cuba tampakkan tulang pipi dan naturalkan warna yang digunakan agar boleh menampakkan kecantikan semula jadi sang ratu sehari.

Meskipun bakal pengantin lebih berminat memilih warna kegemaran untuk menjadi pilihan di hari persandingan sampai ada yang sanggup memilih lebih daripada tiga warna untuk baju persandingan, ingatlah bahawa adakah korang ingin tampilkan badut di atas pelamin atau ratu dan raja sehari yang sebenar?

Nasihat pada bakal pengantin di luar sana untuk ambil masa kenali warna anda dan pasangan terlebih dahulu dan warna yang sesuai untuk tampil cantik di hari bahagia agar perkahwinan korang menjadi suatu pengalaman yang bahagia dan sempurna dan bukannya mimpi ngeri kepada korang mahupun para tetamu. Paling penting, jangan syok sendiri!

#WeddingDress
#BajuPengantinAdlynn
#ButikPengantinSeremban

MUSTARD SONGKET WEDDING DRESS

Do’s & Don’ts Dalam Memilih Baju Pengantin

1. Jangan tempah, sewa atau beli last minute!

Kalau boleh, buat temu janji dengan pereka sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan (lagi awal, lagi bagus).

Sebelum itu, survey dulu hasil kerja pereka agar sesuai dengan gaya, kehendak dan bajet korang. Pastikan sesi fitting dilakukan seminggu sebelum majlis kamu agar pereka boleh betulkan mana yang longgar atau ketat nanti.

2. Serlahkan siluet badan

Perincian memang penting dalam memilih baju pengantin. Namun apa yang lebih penting adalah siluet sesuai untuk menyerlahkan bentuk tubuhmu. Usah terlalu mengikut trend ya, lebih baik korang fokus pada stail peribadi.

3. Bawa kamera (atau telefon pintar) semasa sesi fitting

Walaupun dalam butik pengantin ada cermin, kamu tak boleh bergantung 100 peratus padanya. Sebaliknya, minta BFF ambil gambar korang (dengan posisi berlainan) dan lihat hasilnya dalam kamera. Lebih senanglah korang nak buat keputusan nanti.

4. Jangan cuba terlalu banyak baju

Tak salah jika ada banyak pilihan. Tetapi bila korang cuba terlalu banyak busana, korang boleh hilang fokus lebih-lebih lagi jika semuanya cantik. Sebaliknya, pilih yang betul-betul sesuai dengan cita rasa korang. Paling maksimum tiga rekaan saja.

5. Tak perlu bawa ‘sekampung’ semasa berjumpa pereka baju

Yang perlu korang bawa semasa berjumpa pereka adalah teman baik korang perangkap pengapit, dan ibu (jika dialah sumber kewangan korang dan sebagai rujukan). Yang lain, tunggu saja di hari perkahwinan korang nanti.

6. Pastikan korang pakai bra atau korset sesuai

Pilih yang muat sempurna pada badan kerana penggunaan baju dalam yang sesuai boleh menyerlahkan bentuk tubuhmu. Elak memilih material yang boleh menampakkan bentuk bra bila mengenakan baju. Keluar duit lebih sikit tak mengapa, asalkan korang tak pakai bra dari zaman kolej dulu.

7. Padanan barang kemas

Ia antara faktor yang menjadikan baju korang lebih menonjol. Korang boleh pilih sama ada mahu pakai mutiara, emas atau batu permata (pilih satu jenis saja) dan pastikan jangan terlalu serabut. Buat pilihan sama ada rantai atau gelang. Jika korang memilih untuk pakai mahkota, pastikan rantai jenis halus dan tak terlalu menonjol.

 

8. Pilihan warna

Pastikan warna baju sesuai dengan mekap dan tona kulit korang. Jika tak pasti, pilih saja rona putih. Klasik dan evergreen! Ok, yg ni songket mustard colour..Terbaru dari #BajuPengantinAdlynn Ada yg mencari tema warna ni? Jemput datang #ButikAdlynnSeremban boleh lihat, sentuh dan try. Jom kita tonton sesama video ini. Moga tips ini membantu.

SOFT RUFFLES GREY WEDDING DRESS

Tip Memilih Warna Busana Pengantin Mengikut Bentuk Badan

Warna busana pengantin tentunya memainkan peranan penting bagi memberikan kesan menawan buat penampilan anda di majlis raikan cinta. Warna yang tepat dan sempurna juga boleh memberikan ilusi langsing dan tinggi buat anda di hari paling bahagia. Tips untuk memilih busana pengantin mengikut bentuk badan.

Badan Gempal Dan Tinggi

Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan busana berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.

Badan Kurus Dan Rendah

Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan dengan menggayakan warna busana yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda tampak lebih tinggi.mLengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi, ia mampu membantu menambahkan ketinggian korang.

Badan Kurus Dan Tinggi

Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, korang esuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan korang dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa korang lebih berisi.

Bentuk Badan Buah Pear

Busana yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas korang kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.

Bentuk Tubuh Epal

Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

Bentuk Tubuh 4 Segi Atau Brick/Rectangle

Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas.

Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.

Bentuk Tubuh Jam Pasir

Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis busana dan warna.

Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar korang kelihatan lebih ramping.

p/s : Ni nak bagitau promosi sewaan baju sedang berlangsung dapat diskaun RM500 lagi tau.

#BajuPengantinAdlynn
#ButikPengantinSeremban
#AdlynnBeautyBridalCentre

NAVY BLUE PEPLUM DRESS

Tips Memilih Baju Pengantin Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

Pemilihan warna baju pengantin merupakan perkara yang perlu diambil berat oleh setiap pengantin. Hal ini adalah kerana untuk memastikan pengantin nampak lebih menyerlah, berseri dan tidak tenggelam dengan pilihan warna baju yang tidak bersesuaian dengan warna kulit. Bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan pilihan warna yang sesuai, di sini kami ada menyediakan tips yang dapat membantu masalah tersebut.

Tona Kulit Cerah

Bagi mereka yang berkulit cerah, elakkan memilih baju pengantin berwarna pastel seperti biru muda dan pink lembut kerana warna ini akan menampakkan wajah lebih pucat dan tidak berseri. Pemilihan warna seperti pink coklat,hijau daun,hijau zamrud,merah pekat atau warna strawberry,ungu pekat ataupun biru kehijauan akan menaikkan lagi seri wajah anda.

Tona Kulit Sederhana

Bagi pengantin yang memiliki tona kulit yang sederhana, elakkan memilih warna kuning cair,karamel,oren,coklat serta warna yang sama dengan tona kulit kerana ini akan menampakan wajah kurang berseri. Warna yang cerah dan pastel akan mebuatkan wajah kelihatan kusam. Pemilihan warna yang terang dapat menaikkan lagi seri di wajah anda seperti warna pink cerah,pink gelap,hijau zamrud ataupun ungu gelap.

Tona Kulit Gelap

Pemilihan warna baju pengantin bagi pengantin yang mempunyai tona gelap, mereka seharusnya memilih warna baju yang kontras dengan warna kulit agar memberi kesan yang lebih cerah seperti pink ataupun putih. 

So macam mana?

Harap-harap ianya dapat membantu korang serba sedikt ok.

p/s: Klik SHARE pada kekawan yang nak kahwin.

#BajuPengantinAdlynn
#ButikAdlynnSeremban
#AdlynnBeautyBridalCentre

Contact Us On WhatsApp